Friday, 1 February 2013

HASIL KERJA KUMPULAN 4: PEMBANGUNAN DIRI
UNTUK PRESENTATION




<iframe src="http://www.facebook.com/video/embed?video_id=588278657864886" width="640" height="480" frameborder="0"></iframe>

Thursday, 31 January 2013

Mohd Badri hopes Rajagopal picks the best players for the national squad



Kelantan FA
Mohd Badri Mohd Radzi, otherwise known as Piya, said that he has no problems with Datuk K. Rajagopal's decision of not picking him for the national team squad.

According to Bernama, Piya said "I do not have any problem with Rajagopal. The decision is all up to him. But I hope he pick only the best players available after watching them in action."

The Kelantan skipper's absence from the squad that will see action in the 2015 Asian Cup Qualifiers had raised many disgruntled voices among football fans in the country.

The media claimed that Rajagopal should have given Piya, who lead Kelantan for historic treble last season, at least one chance to show what he can do for the Malaysia team.

Bojan Hodak, Kelantan's head coach, said that despite Piya being in a class of his own, Rajagopal's decisison must be respected by others.

Siapakah Hashim Mustapha?

 
 
NAMA : Hashim Mustapha
TARIKH LAHIR : 31hb. Januari 1966

TINGGI : 5' 6"BERAT : 65 kg
ADIK-BERADIK : Sembilan (keenam)
POSISI : Penyerang
STATUS : Kahwin
PENDIDIKAN : Kolej Sultan Ismail (SIC)
FIZIKAL : Sederhana tinggi
PENGALAMAN* 1982 - Mula bermain dalam pasukan Kelantan untuk Piala Emas Raja-raja ketika tingkatan empat.
* 1983 - Berehat setahun untuk menghadapi SPM
* 1984 ~ 1996 - Menjadi pemain utama Kelantan
* 1993/94 - Pemenang Kasut Emas
* 1996 ~ 1997 - Berhijrah ke negeri Kedah
* 1998 - Kembali ke Kelantan
* 1999 - Bersama pasukan Johor setelah berselisih dengan pengurusan Kelantan FA
* 2000 - Bersama JKR Kelantan
* Menyertai TNB Kelantan di pusingan kedua Premier II 2001
* 2008 - Jurulatih Skuad Presiden Kelantan
* 2010 - Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan
Pencapaian : Pemenang kasut emas 1993-1994

Hashim Mustapha, ikon bolasepak Kelantan, dari era 80-an sehingga pertengahan 90-an. Beliau merupakan pemain yang paling masyhur di Kelantan, dan juga di se-antero Tanah Melayu. Beliau cukup digeruni lawan dengan skil & corak permainan ala akrobatik, bak seorang ahli gymnastic. Beliau pernah menjaringkan gol paling cantik side-scissor-kick sewaktu menentang Johor, sekitar awal 90-an. Beliau juga merupakan top scorer Melayu dalam liga bolasepak Malaysia 90-an, kerana telah berjaya memenangi anugerah ‘Kasut Emas’ bolasepak Malaysia, buat beberapa kali.

HAMPIR 20 tahun bergelumang sebagai pemain dengan ratusan gol dijaringkan, namun ia gagal memberi kepuasan kepada bekas penyerang kebangsaan dari Kelantan, Hashim Mustapha, sepanjang karier bola sepaknya.
Bagi Hashim, kariernya sebagai pemain tidak sempurna apabila impian membawa negeri kelahiran menjulang sebarang piala dalam liga tempatan terutamanya Piala Malaysia, gagal dipenuhi.
"Memang banyak kenangan manis selama pembabitan saya sebagai pemain, tetapi saya kecewa kerana sepanjang tempoh itu impian membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia sebagai hadiah kepada penyokong tidak kesampaian.
"Bagi saya, skuad Kelantan pada 1993 cukup mantap untuk melangkah ke final, malangnya impian kami berkubur di separuh akhir apabila tewas kepada Kedah," katanya.Ketika menyarung jersi Kelantan, anak kelahiran Kota Bharu ini boleh dikatakan hampir setiap musim menjadi penjaring terbanyak pasukan negerinya termasuk tiga kali meraih anugerah Kasut Emas.
Malah, lebih membanggakannya anugerah itu dicapai ketika liga negara ini dipenuhi bintang penyerang import yang cukup digeruni seperti Scott Ollerenshaw, Jose Iriarte, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban."Pada 1990 saya muncul penjaring terbanyak Divisyen Dua dengan 15 gol sekali gus membantu Kelantan melangkah ke Divisyen Satu pada tahun berikutnya.
"Saya masih ingat pada 1993, saya muncul penjaring terbanyak hasil jaringan perlawanan terakhir liga iaitu ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan. "Sebelum perlawanan itu, Jose Iriarte mendahului senarai penjaring dengan 12 gol manakala saya pula mengumpul 10 jaringan tetapi dalam perlawanan terakhir Pahang, Jose gagal menjaringkan gol tetapi saya mencipta hatrik, seterusnya memenangi kasut emas dengan 13 gol," katanya.
Namun, bagi Hashim, kejayaannya memenangi kasut emas pada 1994 lebih memberi kepuasan apabila dia bukan setakat menjaringkan 29 gol daripada 30 perlawanan, malah mencatat rekod beraksi setiap minit tanpa digantikan."Tahun itu saya beraksi dalam 30 perlawanan Liga Perdana, tiga dalam Piala FA dan enam perlawanan Piala Malaysia.
Saya langsung tidak digantikan atau digantung perlawanan."Saya rasa tidak ada pemain mampu menyamai rekod saya ketika itu. Kalau ada pun mungkin Radhi Mat Din atau penjaga gol Sarawak, Mazelan Wahed," katanya tersenyum mengimbau memori indah sebagai pemain.
Selepas menggantungkan kasut bolanya sebaik musim 2001 berlabuh ketika usianya 35 tahun, Hashim tetap tidak mampu memisahkan dirinya dengan bola sepak yang dianggap sudah sebati dengan dirinya.
"Saya masih lagi bermain bola sepak... tak boleh tinggal, tapi sekadar suka-suka untuk keluar peluh. Itupun jika ada kelapangan bersama rakan-rakan," katanya..Menceritakan detik mula karier bola sepaknya, Hashim berkata dia mula mewakili Kelantan ketika baru berusia 18 tahun dalam pertandingan Piala Malaysia pada 1984.
"Waktu itu saya menyarung jersi nombor 10. Bukan sebab handal... tapi kerana pemain senior tidak berani memakai jersi itu yang pernah digunakan penyerang terbilang Kelantan, Dali Omar.
"Bila semua dah ambil nombor lain, nak tak nak hanya jersi nombor 10 saja yang tinggal," katanya.Tahun yang sama juga dia dipanggil menyertai skuad Harimau kebangsaan di bawah jurulatih Abdullah Mohamad dan Abdul Rahman Ibrahim serta berpeluang beraksi bersama bintang England, Kevin Keegan, yang menjadi pemain jemputan skuad itu.
Hashim berkata, reputasinya sebagai penjaring terbanyak menyebabkan dia sentiasa menjadi tumpuan pemain pertahanan lawan yang bukan saja mengawal ketat pergerakannya, malah sering kali membuat bentesan keras."Ketika itu, pemain pertahanan semuanya tegap-tegap dan mengamalkan corak permainan keras seperti Olobumni Adigun, Darren Stewart, Alan Davidson dan Ahmad Yusof. Tengok mereka pun dah gerun," katanya.
Pada 1996, Hashim membuat keputusan mengejut apabila berhijrah ke Kedah untuk berubah angin dan memenangi Piala FA pada tahun yang sama. Selepas dua musim bersama Kedah, dia kembali ke pangkuan Kelantan pada 1998 sebelum membantu Johor memenangi Liga Divisyen Dua pada 1999.
Bersama skuad kebangsaan, Hashim tidak dapat melupakan memori manis membantu skuad negara meraih pingat perak Sukan Sea 1987 di Jakarta yang mana Hashim menyumbang satu gol dalam saingan separuh akhir menentang Thailand.
"Sebelum perlawanan itu, ramai yang tidak memberi harapan kepada skuad negara tambahan pula Thailand dibarisi pemain ternama seperti Piyapong Pue-Onn dan Attapol Buspakom."Tetapi, segala-galanya berubah apabila saya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan terbang sebelum Dollah Salleh menambah gol kedua. Malangnya kita tewas kepada tuan rumah, Indonesia dalam final," katanya.
Ditanya mengenai impiannya di masa depan, Hashim berkata dia bercita-cita menjadi jurulatih Kelantan suatu hari nanti dan mahu mencungkil seberapa banyak bakat baru di negeri itu."Impian menjulang Piala Malaysia sebagai pemain tidak tercapai... tetapi mana tahu saya mampu mengucupnya sebagai jurulatih," katanya.

SATU (VIDEO) PUNCA DATO K RAJAGOBAL TAK PILIH PIYA

(Video) Punca Dato K Rajagobal Tak Pilih Piya | Isu Dato’ K. Rajagobal tidak memilih Badhri Radzi (Piya) dalam skuad Harimau Malaya sememangnya tidak pernah senyap. Sehinggakan ada seorang peminat setia Kelantan dan Piya melakukan protes berada di kelompok penyokong Indonesia (perlawanan Malaysia vs Indonesia 1 Disember 2012 lepas) untuk menyampaikan kekecewaan hatinya.

Pernahkan Dato K. Rajagobal memberikan alasan kukuh kenapa tidak memilih Piya? Kalau dulu ammboi ada dengar punca Rajagobal mengetepikan Piya adalah kerana Piya pernah menolak untuk menjalani pemilihan/latihan bersama Malaysia tidak lama dulu. Entah betul atau tidak ammboi tidak pasti.



Namun video dibawah adalah sedikit sebanyak mengenai kelebihan Piya dan kenapa Rajagobal masih enggan memanggil pemain yang telah menjulang tiga piala bersama Kelantan untuk musim 2012? Sama-sama kita saksikan.


 
BADRI RADZI(PIYA)
 

 
 
 

Hero Bolasepak Kelantan, Belum Ada Pengganti Setanding Hashim

Sejak zaman Hussein Ahmad, Nik Mahmud Nik Daud, Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher hinggalah ke era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa pada hari ini, bolasepak Kelantan telah melalui pelbagai revolusi dan hari ini, tanpa ragu Kelantan boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pasukan yang layak dilabel kuasa bolasepak tanah air.

Wira silih berganti, mungkin ramai yang sudah lupa nama-nama seperti Dali Omar, Wan Zawawi Yusof, Mahadi Yusof, Wan Hassan Wan Ibrahim mahupun Nik Leh Nik Man, namun jutaan peminat bolasepak Kelantan, pastinya tidak lupa akan nama wira sepanjang zaman mereka, HASHIM MUSTAPHA.

foto kredit : kelate.net
Sebut sahaja nama lagenda bolasepak tanah air dan Kelantan ini, ia persis Diego Maradona di Argentina, Pele di Brazil, dan Roberto Baggio di Italy, begitulah popularnya pemain ini sepanjang lebih 20 tahun mencipta nama di persada bolasepak tanah air, dan antarabangsa hingga digelar antara pemain Melayu paling hebat pernah dilahirkan.

Siapa yang boleh lupa gol TANDUKAN TERBANGnya ketika membantu Malaysia menewaskan Thailand 2-0 di Sukan Sea Jakarta 1987, atau GOL TERPANTAS Liga Malaysia jaringannya selepas hanya 26 saat perlawanan bermula ketika seri 2-2 menentang Pahang pada 1988 (dilaporkan rekod itu diatasi selepas 21 tahun oleh Safee Sali pada 2009, 11 saat), atau DUA GOL SEPAKAN GUNTINGnya ketika Kelantan menewaskan Johor di suku akhir Piala FA 1993?

Itu baru mukadimah, dan berborak panjang dengan Hashim yang nyata cukup peramah, mudah mesra dan tidak cerewet apabila diajak berkongsi pengalamannya ketika bergelar pemain, makin banyak yang boleh dicerita tentang anak jati Kota Bharu ini.

foto kredit : kelate.net
Antara detik yang sukar dilupakannya, dilabel ‘JAGUH KAMPUNG’ oleh bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy, yang membimbing skuad Sukan Asia Hiroshima 1994, gara-gara tersingkir awal di peringkat kumpulan.

“oleh sebab saya penjaring terbanyak liga masa tu (30 gol), harapan terhadap saya memang tinggi, tapi saya pun dah cakap awal2 lagi, orang lain trening 2 tahun, saya trening sebulan, kena pula national team saya bukan 1st eleven, supersub, 94 tu saya dipanggil semula selepas 4 tahun tinggalkan skuad negara, memang sakit atilah..”.

Skuad negara ketika itu yang turut diperkuatkan antaranya Khairul Azman, Ong Kim Swee, K.Sanbagamaran, Azizol Abu Hanifah, Dollah Salleh, Azman Adnan dan Shahrin Majid, sekadar mencatat 1 kemenangan ke atas Hong Kong, seri menentang Thailand, dan tewas kepada Arab Saudi dan Uzbekistan, yang kemudiannya muncul juara di kejohanan itu.

foto : kelate.net
Mengimbau pembabitan Hashim selaku pemain bolasepak, anak keenam dari Sembilan beradik ini, mula aktif sejak zaman sekolah lagi, apabila mewakili Sekolah Rendah Ismail (2) dan Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI) di pelbagai peringkat umur, sebelum ‘bergraduat’ ke Kolej Sultan Ismail (SIC, medan utama lahirnya bakat-bakat baru bolasepak Kelantan ketika itu).

Penampilan pertamanya selaku pemain Kelantan, adalah pada 1982 ketika mewakili skuad Piala Emas Raja-Raja menentang Melaka di suku akhir, dan sejak itu, Hashim mula mengorak langkah demi langkah dalam menempa nama dan mengukuhkan reputasinya selaku bintang bolasepak tanah air.

Meskipun memilih untuk memberi tumpuan terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun berikutnya, Hashim kembali pada 1985 sebagai seorang pemain yang lebih matang, menjadi asset pasukan dan dipanggil menyertai skuad negara pada usia 20 tahun, ketika itu skuad negara di bawah bimbingan Datuk M.Chandran.

Lebih dikenali sebagai supersub, Hashim antara tonggak yang memainkan peranan penting dalam kejayaan skuad negara meraih pingat Perak Sukan Sea 1987, apabila menjaringkan gol di separuh akhir, bersama Dollah Salleh, sebelum tunduk kepada tuan rumah, Indonesia dalam aksi final.

Dua tahun berikutnya ketika Malaysia meraih emas di bumi sendiri, Hashim tiada dalam senarai pemain, apabila memilih untuk memberi keutamaan terhadap keluarga - melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

Memasuki era 90-an, nama Hashim semakin meletup di arena bolasepak tanah air, malah reputasi dan kehebatannya menenggelamkan barisan pemain import tersohor negara ketika itu antaranya Scott Olerenshaw, Abbas Saad dan Alistair Edward.

Ingin tahu lebih lanjut tentang pencapaian hebat pemain ini, dan mengapa Hashim bersara walhal dia pernah bercita-cita menjadi seperti Paolo Maldini dan Teddy Sheringham (beraksi hingga usia 40 tahun), teruskan bersama Suara Sukan, part 2 akan menyusul.

Galeri Lagenda: Kelantan Hebat-Dali Omar

Siapa tidak kenal Dali Omar dalam tahun 70an, seorang pemain kebangsaan lagenda Kelantan.
NAMA :Dali Omar
TARIKH LAHIR: 19.05.1946
POSISI: Penyerang
Kahwin: (6 anak)
ALAMAT SEKARANG:Lowanna, New South Wales
PENDIDIKAN:Sek. Men. King George V, Seremban

SEMASA KECILNYA(1946~1952)
Dali Omar dilahirkan di Bertam Baru Kuala Krai kira-kira 270km dari bandar Kota Bharu pada 19hb. Mei 1946. Dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Rashid dan Hazimah. Bapanya bernama Yaakob manakala ibunya bernama Fatimah. Ketika usia Dali baru mencecah hampir dua tahun, ibunya Fatimah meninggal dunia. Sejak itu nenek saudaranya, Kalsom dan datuk saudaranya Syed Omar membelanya. Oleh kerana nenek saudaranya sudah tiada susu lagi, Dali disusukan oleh emak saudaranya yang Dali namakan sebagai Sah iaitu kakak kepada ibu kandung Dali. Dalam masa yang sama Sah juga menyusukan Kamalruzzaman (Kamal). Kemudian emak saudaranya melahirkan Rohani (Kak Ani) atau adik kepada Kamal. Jadi tidak hairanlah ketiga-tiganya mempunyai ikatan perhubungan yang amat kuat.

ALAM REMAJA (1953~1961)Tahun 1953, Dali disekolahkan oleh bapa angkatnya Omar di Sekolah Kebangsaan Kubang Garong, Kota Bharu. Bila umurnya 10 tahun, Syed Omar ditukarkan ke penjara Seremban dan Dali serta ibu angkatnya turut berpindah ke sana. Disana Dali menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Jail. Ketika itu Dali mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Tamat darjah enam, Dali menyambung pelajaran di Sekolah King George The V Seremban dari tingkatan satu hingga tiga. Dalam masa yang sama Dali mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM, Piala Rahman dan Piala Burnley (Piala Razak). Tahun 1962 Dali menduduki peperiksaan LCE tapi beliau gagal menyambung pelajaran ke tingkatan empat. Sejak itu minatnya terhadap pelajaran mula menurun dan minatnya terhadap bolasepak semakin mendalam lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Bharu di rumah emak saudaranya, Sah.

ALAM PERKAHWINAN(1962~1963)
Penghujung 1962, atas tawaran Pengurus pasukan Kelantan ketika itu iaitu Dato' Dr. Aziz, Dali mula menyarung jersi senior Kelantan dalam usia semuda 16 tahun. Diawal pembabitannya bersama skuad utama, Dali sudahpun menunjukkan potensinya dalam bolasepak apabila mempamerkan kehebatannya sehingga berjaya memikat pengurusan remaja Malaysia lantas memanggil beliau menyertai Kejohanan Remaja Asia di Saigon, Vietnam pada tahun 1963. Di sana Malaysia muncul juara sementara Dali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan yang disertai oleh 14 negara Asia termasuk gergasi bolasepak sekarang seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand. Penghujung musim 1963, Dali ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police (MP) bagaimanapun banyak masanya dihabiskan di padang bola. Seiring kelincahannya di padang, kisah cinta Dali tidak kurang hebatnya apabila dia bertemu pasangan pertamanya Hasnah di Kuala Lumpur dan terus mendirikan rumahtangga pada 31 September 1963.

ALAM KELUARGA(1964~1967)Mengenai keluarganya, tahun 1964 anak sulungnya Dalini dilahirkan. Namun jodohnya dengan isteri pertamanya tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 1965. Dali Omar kekal bersama Angkatan Tentera Malaysia sehingga 1966 dan di tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Walaupun tewas kepada Selangor 0-1 namun Dali muncul sebagai penjaring terbanyak tahun tersebut. Dan kejayaanya itu berjaya memikat pengurusan pasukan kebangsaan lalu beliau ditawarkan untuk bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka). Tahun 1967 Dali kembali ke Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia dan sekali lagi diberi peluang menyertai Malaysia dalam kejohanan Piala Merdeka.

ISTERI KEDUA (1968~1971)
Tahun 1968 Dali Omar menyertai latihan rekrut di Port Dickson dan di tahun ini juga dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua; Roziah. Pertemuan bermula juga di Kuala Lumpur biarpun kedua-duanya berasal dari Kelantan. Tahun berikutnya anak pertama dari isteri keduanya dilahirkan, Daliza. Tahun 1970 merupakan detik penting dalam hidupnya apabila berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Perak. Dalam saingan separuh akhir Dali menjaringkan dua gol ketika Kelantan seri 2-2 di Singapura dan beliau menjaringkan empat gol ketika Kelantan membelasah Singapura 8-0 di Kota Bharu. Tahun 1970 juga Intan Baizura dilahirkan. Tahun 1971 Dali sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan 21 daripada 28 gol keseluruhan Kelantan musim itu. Lebih dari itu, anak lelaki dari isteri keduanya juga muncul, Dino. Reputasi baiknya dalam Liga berjaya memikat beberapa kelab Eropah untuk memikatnya.

PEMAIN SEMI PRO (1972~1974)1972 Dali dengan resminya menjadi pemain Malaysia pertama berkasi ke luar negara dan beliau memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjdi pemain semi pro kelab itu dan menerima mendapat kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, jumlah yang cukup lumayan baginya ketika itu.

JURULATIH (1974)Tahun 1974 Dali mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan.

Petikan> http://www.stormpages.com

‘Pelik, Raja tak senarai Piya’

 
 
Kota Bharu: Bekas pemain kebangsaan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.


“Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya dalam skuad kebangsaan.

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata tindakan Rajagobal yang meminta Karathu dan Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca Piya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan disebabkan beliau kini tertekan dengan desakan ramai.
“Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau dan beliau masih mengharapkan kepada pemain yang menaikkan nama beliau sehingga bergelar Datuk. Tapi kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah dan kita perlu tengok kepada keadaan semasa,” katanya.

Dali tak setuju!



Kota Bharu: Legenda bola sepak, Dali Omar mempertikai tindakan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang lepas tangan, sebaliknya meminta dua bekas pengendali Kelantan Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjelaskan mengapa kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi (gambar kecil) atau Piya tidak disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.

Menurutnya, selaku jurulatih profesional, Rajagobal perlu menjawab persoalan mengapa beliau tidak menyenaraikan pemain berbakat seperti Piya dalam skuad kebangsaan kerana itu tanggungjawabnya.
“Beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan dan tanggungjawab beliau memilih pemain yang mampu membantu pasukan dalam mencipta kejayaan.


“Bagi saya, tindakannya gagal menjawab mengapa tidak memilih Piya, sebaliknya meminta bertanyakan kepada Karathu dan Sathianathan, satu tindakan tidak profesional. “Tindakan beliau itu pelik dan tidak masuk akal. Sepatutnya beliau mengkaji kebolehan Piya dan menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan. Ini kerana tanggungjawab memilih pemain terletak di tangan beliau, bukannya di tangan Karathu dan Sathianathan,” katanya, semalam.
Dali berkata, beliau kecewa dengan tindakan Rajagobal yang tidak menyenaraikan Piya selain menganggap pemain itu sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.
“Setakat ini kita tidak boleh nafikan kehebatan Piya yang menjadi tonggak penting Kelantan terutama ketika menang tiga piala musim lalu.

“Sebab itu saya sangat kecewa dengan tindakan Rajagobal. Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan, saya sudah lihat bakat besar yang ada pada pemain itu dan berpendapat dia boleh pergi jauh.
“Bagi saya, Piya kapten nombor satu dan paling berjaya dalam negara tetapi malangnya dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti dan kebolehan untuk negara. Ini sangat merugikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata, tindakan Rajagobal itu mungkin disebabkan jurulatih itu tertekan dengan desakan banyak pihak.
“Memang tidak dinafikan Rajagobal tertekan dengan banyak pihak yang mahu Piya disenaraikan dalam skuad kebangsaan. “Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau kerana kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah.
“Kejayaan menjulang tiga piala musim lalu sudah cukup membuktikan Piya seorang kapten yang hebat pada masa ini dan perlu diberi peluang membuktikan kehebatannya.”

Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

'Bentuk kombinasi terbaik'






 
KHAIRUL giat berlatih sebagai persediaan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015.



ADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pembukaan menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari ini.

Menyedari Harimau Malaya tempang selepas kehilangan enam tonggak utama yang dibelenggu masalah kecederaan, Khairul berharap rakan-rakan sepasukannya membentuk persefahaman jitu dalam masa terdekat.

Esok, Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan sedia ada apabila dijadualkan menentang Iraq pada aksi persahabatan di Doha.

“Umum mengetahui bahawa ramai pemain cedera dan ada pemain-pemain (yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan) kembali diserapkan, antaranya Amri Yahyah.

“Dalam masa suntuk ini, kami harus mencari keserasian dengan cepat sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu Qatar,” jelas Khairul kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Enam pemain yang dibelenggu masalah kecederaan ialah Mohd. Safee Sali, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamay, Gary Steven Robbat dan Mohd. Bunyamin Umar.

Mengulas pertemuan menentang Qatar, Khairul sedar kekuatan pasukan lawan itu yang sudah pasti menampilkan hantaran bola tinggi.

“Pada pendapat saya, kami harus memberikan perhatian kepada hantaran bola tinggi ketika menentang pasukan seperti Qatar.

“Ini kerana (hantaran) bola tinggi adalah kelebihan mereka dan apa yang pasti, kami harus memberi cabaran lebih agresif memandangkan pemain-pemain Qatar memiliki fizikal yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap Pahang, Azamuddin Akil mengakui yang dia teruja untuk beraksi buat kali pertama di pentas Piala Asia 2015.

Azamuddin kini nekad untuk membalas kepercayaan Rajagobal dengan mempamerkan persembahan cemerlang selain berusaha menampung kehilangan pemain sayap lincah Selangor, S. Kunanlan.

“Setiap pemain kini begitu bersungguh untuk bermain dan saya juga sangat teruja kerana ini merupakan aksi Piala Asia pertama saya sepanjang beraksi bersama Harimau Malaya.

“Pada saya, tiada masalah untuk bermain di posisi Kunanlan kerana ketika bersama Pahang, saya sudah biasa beraksi di sayap kiri,” katanya.
 

Kelate.Net Bidas Pendirian Rajagobal

Kelate.Net

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) membidas pendirian Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang terus meminggirkan Kapten The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi daripada menyertai skuad Harimau Malaya, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, tindakan Rajagobal mengaitkan nama dua bekas jurulatih Kelantan sebelum ini, Datuk M Karathu dan B Sathianathan mencerminkan sikap tidak profesional pengendali berusia 57 tahun itu.

“Sebagai jurulatih pengalaman beliau mesti tahu menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada seseorang pemain. Tak perlu rujuk kepada dua bekas jurulatih Kelantan untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Mengapa pula hendak kaitkan nama Karathu dan Sathianathan? Mereka sudah meninggalkan skuad Kelantan lebih setahun lalu dan Rajagobal perlu merujuk jurulatih yang ada sekarang (Bojan Hodak) jika mahu mendapatkan maklumat mengenai prestasi semasa Mohd Badhri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mahizi berkata, pengendali kebangsaan itu perlu berterus-terang mengapa beliau tidak memanggil mahu Mohd Badhri atau dikenali panggilan Piya sebaliknya bertindak memanggil beberapa pemain muda membarisi skuadnya.

“Hanya beliau mempunyai kuasa untuk memilih pemain bagi menyarung jersi kebangsaan. Jika Karathu atau Sathianathan mengeluarkan kenyataan dengan mencadangkan nama Piya sekali pun, belum tentu beliau memilih pemain tersebut.

“Saya tak faham kenapa Amar Rohidan dan beberapa pemain lain masih mendapat tempat dalam skuad kebangsaan sedangkan prestasi mereka tidaklah menonjol sangat ketika bermain dengan pasukan negeri atau kelab masing-masing,” katanya.

Menurut Mahizi, kemampuan Piya menjulang Kelantan merangkul tiga piala serentak pada musim lalu seharusnya membuka mata Rajagobal untuk memanggil pemain tengah berkaliber itu namun itu tidak berlaku ketika skuad kebangsaan berdepan cabaran sengit menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

“Adakah corak permainan Piya tak sesuai dengan corak latihan yang diterapkan Rajagobal ? Tak masuk akal perkara ini kerana setiap pemain mempunyai gaya tersendiri dan tidak ada salahnya beliau cuba menguji keupayaan Kapten Kelantan itu dalam latihan skuad kebangsaan.

“Kalau tak beri peluang, macam mana kita nak tahu kemampuan dia. Tak cukupkah lagi kredibiliti dia membantu Kelantan menjulang treble pada musim lalu. Tak tahulah pula macam mana merit pemilihan seseorang pemain bola sepak untuk mewakili negara dilakukan oleh Rajagobal,” katanya.

Raja! Cerita Yang Sebenar

K. Rajagobal

KOTA BHARU – Isu Mohd. Badri Radzi tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan pimpinan Datuk K. Rajagobal akan berterusan selagi jurulatih itu terus bersikap mengelak daripada menceritakan keadaan sebenar.

“Hanya Rajagobal yang boleh meredakan isu hangat antara dia dan Badri (Piya),” kata legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menyifatkan tindakan itu amat ‘tidak kena’, Dali berkata, sebagai seorang jurulatih, Rajagobal sepatutnya memberitahu kesilapan dan kekurangan Piya, agar pemain itu dapat memperbaikinya dan tidak kempunan menyarung jersi kebangsaan.

Bagi Dali, Piya pada anggapannya pemain tengah terbaik di Malaysia buat masa ini, jauh lebih baik daripada pemain Johor Darul Takzim, Safiq Rahim yang menjadi pilihan utama Rajagobal tetapi digantung perlawanan.

Jelasnya, Piya mempunyai kelebihan daripada semua segi seperti kelebihan membuat sepakan sudut, pergerakan tangkas, kawalan serta hantaran bola.

“Saya hairan, apa masalah Rajagobal sebenarnya? Adakah kerana dia ada isu peribadi dengan sesiapa sehingga dia enggan ambil Piya? Tidakkah dia sedar bahawa Piya pemain tengah terbaik negara sekarang? Kalau dibandingkan antara Piya dan Safiq bagai langit dengan bumi, Piya lengkap segala segi tapi Safiq hanya pakar sepakan sudut sahaja.

“Anda kena jujur memberitahu kepada pemain corak permainan bagaimana yang anda mahu serta kelemahan mereka,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas tindakan Rajagopal yang terus menyisihkan Mohd. Badri daripada skuad kebangsaan yang akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Februari ini.

Dali merupakan bekas pemain kebangsaan pada awal 1970-an dan selain Kelantan, dia pernah mewakili beberapa kelab di Australia selepas mengambil keputusan berhijrah sebelum mengakhiri karier sebagai jurulatih di negara berkenaan.

Menurut Dali, tindakan Rajagobal mengambil pemain muda bagi mengisi kekosongan pemain yang cedera akan membawa padah kepada pasukan negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia.

Beliau berkata, untuk bermain di peringkat yang tinggi, Rajagobal sepatutnya menghantar pemain berusia 27 tahun ke atas kerana pada usia itulah pemain negara berada pada tahap paling matang sama ada dari sudut fizikal dan kawalan emosi.

Jelasnya, Rajagobal sepatutnya faham tahap pemain Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan pemain Liga Perdana Inggeris yang matang lebih awal pada usia 22 dan 23 tahun.

“Kita tidak akan mencapai apa-apa dalam Piala Asia nanti dan apa-apa kejohanan sekalipun jika beginilah cara Rajagobal memilih pemain kebangsaan, seolah-olah macam memilih dan mencampak bahan masakan dalam periuk sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menempelak sikap pengendali Harimau Malaya itu yang mengaitkan dua bekas pengendali The Red Warriors, Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan sebagai punca kegagalannya menyenaraikan Piya.

Timbalan Presiden kelate.net Mahizi Mahmood menegaskan, tindakan tersebut mencermin sikap sebenar pengendali Harimau Malaya yang dilihat seolah-olah memperlekehkan kemampuan pemain paling berpengaruh dalam pasukan Kelantan.

“Menjadikan Karathu dan Sathianathan sebagai punca kenapa beliau tidak memilih Piya untuk beraksi dalam skuad kebangsaan adalah sesuatu yang tidak profesional dan boleh memberikan gambaran kurang baik kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

“Selaku peminat bola sepak, kami tidak boleh menerima alasan tersebut, dan dalam hal ini beliau perlu berterus terang bagi membolehkan semua orang tahu kenapa Piya tiada dalam skuad negara.

“Tindakan ini menunjukkan seolah-olah beliau mahu ‘cuci tangan’ dalam isu ini. Hanya beliau yang mempunyai kuasa untuk memilih pemain bagi menyarung jersi kebangsaan atas kapasiti selaku ketua jurulatih,” katanya.

Wednesday, 30 January 2013

Bojan mahu guna tiga minggu mantap pasukan

Bojan Hodak
$entry.content.caption.value
KOTA BAHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mahu menggunakan cuti tiga minggu sempena kempen kelayakan Piala Asia 2015 untuk memantapkan skuadnya.

"Kini kami mempunyai cuti tiga minggu. Beri kami peluang untuk mantap pasukan kami. Masalah utama ialah penyudah.

"Pemain muda kami telah pulih dari kecederaan. Izuan, Faiz sudah pulih dan kami akan banyak membuat latihan penyudah," katanya ketika ditemui selepas mengendali latihan skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Mohamad Aris Zaidi, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin dan Faiz Subri yang sedang dilatih di bahagian serangan.

Kelantan kehilangan tiga tonggak utama di bahagian serangan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan pemain import Mohammad Ghaddar kepada pasukan lain, nyata memberi tekanan hebat kepada mereka untuk melahirkan pemain gantian berbakat di bahagian tersebut.

Kelantan, selaku juara treble musim lalu, kini berada pada kedudukan ketujuh selepas mengutip enam mata hasil dari lima perlawanan Liga Super setakat ini.

Namun ketua kapten pasukan Mohd Badri Mohd Radzi berharap penyokong The Red Warriors dapat bersabar dan tidak cepat melatah dengan kemerosotan skuad mereka.

"Mungkin penyerang sedia ada macam Haris Safuan dan Keita Mandjou sedikit tertekan dan tidak serasi ketika bekerjasama di bahagian serangan. Perlawanan akan datang mungkin mereka akan hasilkan jaringan," katanya. - Bernama

Rajagobal Perlekeh Badri

PRESTASI cemerlang yang dipamerkan oleh Badri (kanan) ketika beraksi dengan Kelantan tetap gagal untuk menambat hati Rajagobal.
“KENAPA tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa dia suruh tanya saya. Jawapan macam mana yang anda jangka boleh saya berikan?”
Itu komen ketua pasukan Kelantan, yang berjaya menjulang tiga piala musim lalu, Badri Radzi selepas namanya terus tersisih daripada kem skuad kebangsaan biarpun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini dalam situasi terdesak selepas kehilangan 11 pemain akibat kecederaan.
Menurutnya, selepas berjaya membawa Kelantan ke tahap yang begitu tinggi termasuk memenangi tiga kejuaraan musim lalu, kelibatnya di padang masih tetap gagal memikat hati Rajagobal yang terus meragui keupayaannya.
“Saya tidak tahu apa masalahnya, komen beliau (Rajagobal) dalam akhbar hari ini (semalam) seolah-olah memberi gambaran bahawa corak permainan saya tidak sesuai dengan corak latihan beliau.
“Beliau tidak perlu mengajukan soalan berkenaan kepada saya atau bekas jurulatih saya, Datuk M. Karathu atau B. Sathianathan. Kami semua tidak ada jawapan kerana jawapan itu ada pada beliau sendiri,” kata Badri ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, jika Rajagobal menganggap dia bukan seorang pemain yang bagus dan tidak menepati kriteria yang diperlukan, dia sedia menerima kritikan berkenaan kerana jurulatih skuad kebangsaan itu lebih berpengalaman.
Katanya, impiannya untuk bermain dan menabur bakti dalam skuad kebangsaan tidak pernah padam dan akan berusaha untuk terus memikat hati pengendali skuad kebangsaan itu.
“Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu beraksi dengan pasukan kebangsaan adalah kemuncak dalam karier anda. Semua pemain mengidamkan untuk menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya. Kalau tidak baik tak payah main bola.
“Kali terakhir saya dipanggil pada tahun 2010, ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Pembantunya (Tan Cheng Hoe) telefon saya minta nombor pasport.
“Dia beri tempoh dua jam untuk saya dapatkan nombor pasport, saya beritahu pasport ada di rumah, macam mana saya hendak beri. Sukar untuk saya dapatkan nombor pasport ketika itu kerana kami terpaksa singgah di Gua Musang dulu untuk menemui peminat. Selepas itu senyap begitu saja,” ujarnya.
Jelas Badri, sebelum ini ada yang berpendapat pemain sepertinya, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin hanya mampu bermain dalam tempoh 30 minit sahaja ekoran faktor usia, dan keputusan Rajagobal memilih pemain muda mungkin satu pilihan yang tepat.
Kali pertama dan terakhir ‘jeneral padang’ berusia 30 tahun itu menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika membantu skuad Pilihan Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee berdepan Chelsea dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

OKS: Piya Ketua Berwibawa


 
 
Ong Kim Swee, satu-satunya jurulatih yang telah memilih Badhri Radzi untuk mengharumkan nama negara berkongsi pendapat tentang pemain Kelantan itu.
Oleh Aysha Ridzuan dari Australia bersama pasukan Harimau Muda.
Penyokong Harimau Malaya sekali lagi tertanya-tanya tentang situasi Badhri Radzi yang tidak dipanggil untuk ke skuad Harimau Malaya bagi aksi persahabatan antarabangsa dan juga Kelayakan Piala Asia bulan depan.
Sebagai satu-satunya jurulatih yang telah memanggil Piya bagi mewakili skuad negara untuk menentang Chelsea pada tahun 2011, Ong Kim Swee telah berkongsi pendapatnya dengan FOX SPORTS MY.
“Pada masa itu, skuad kebangsaan dalam misi kelayakan Piala Dunia mementang Singapura. Semestinya kami sasarkan kemenangan walaupun menghadapi Chelsea tetapi saya hanya mampu memilih pemain Harimau Muda dan pemain yang tidak dipanggil ke skuad Harimau Malaya.” katanya selepas diberi tanggungjawab mengurus pasukan Malaysia dalam perlawanan persahabatan itu pada bulan Julai 2011.

“Saya telah membuat keputusan untuk memanggil pemain yang berpengalaman dan antaranya adalah Hairuddin Omar, Badhri Radzi dan Shahrulnizam Mustapha.
“Kombinasi pemain muda dan senior berkesan walaupun kami tewas 1-0 kepada Chelsea.” katanya apabila mengenang kembali tendangan percuma Didier Drogba pada minit ke 79.
“Piya amat menyerlah pada perlawanan itu. Lihat sahaja personalitinya ketika beraksi. Dia sentiasa memberikan yang maksima dari mula hingga tamat perlawanan.’
Apabila ditanya jika usia Piya adalah penghalangnya untuk beraksi di peringkat lebih tinggi, Ong Kim Swee berkata: “Usia bukan satu masalah jika pasukan sedar akan keutamaan mereka. Piya boleh beraksi di mana-mana di bahagian tengah dan dia melakukan tugasnya dengan baik.
“Antara sebab mungkin orang meragui keupayaannya adalah kerana dia kurang mahir berbahasa Inggeris tetapi itu bukan satu masalah besar di Malaysia. Dia telah mengetuai Kelantan dan merangkul banyak trofi”.
Kim Swee yang kini dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bersama Harimau Muda turut ditanya jika beliau pernah mengalami keadaan dimana terdapat pemain yang menolak tawaran untuk beraksi untuk negara.
“Tidak pernah. Saya masih ingat ketika saya dipanggil untuk mewakili Malaysia selepas Olimpik untuk Kelayakan Piala Asia. Itu adalah hari yang paling membanggakan untuk saya” tambahnya lagi.
Piya telah menjaringkan 49 gol dalam lebih 100 penampilan untuk Kelantan dan terkenal dengan corak permainan beliau yang mampu mencipta peluang dengan hanya satu sentuhan.

Saturday, 26 January 2013

FAM arah pengadil ikut prosedur SPRM

FAM
FAM
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengeluarkan arahan agar pengadil mematuhi prosedur yang ditetapkan badan induk bola sepak negara itu apabila disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tamat perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata pengadil berkenaan perlu mengambil butiran nama dan nombor telefon pegawai SPRM terbabit, dengan disertai seorang saksi bagi mengelak individu menyamar pegawai pihak berkuasa itu.

“Saya harap dengan prosedur baharu ini, perkara memalukan membabitkan pengadil disoal siasat individu tidak dikenali di Stadium Muhammad IV, Kota wBharu ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada 15 Januari lalu tidak berulang,” katanya.

Dalam kejadian pada malam 15 Januari, pegawai SPRM terbabit memasuki bilik persalinan pengadil di stadium berkenaan selepas 10 minit perlawanan tamat dan berada dalam bilik itu kira-kira 20 minit dipercayai bagi mendapatkan keterangan daripada pengadil dari Terengganu itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pegawai menjalankan siasatan itu.

Laporan media kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad dilaporkan berkata, seorang pegawai tinggi SPRM yang dihubungi mengesahkan Ibu Pejabat SPRM tidak menghantar pegawai ketika perlawanan di antara Kelantan dengan JDT pada hari berkenaan.

Sementara itu, SPRM mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya semalam, namun belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Mahkamah Tinggi Tolak




















MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam semalam, menolak dengan kos permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.
Hakim, Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan tersebut di dalam kamarnya.
Peguam, Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, hakim menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.
Beliau berkata, mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk pendengaran kes tersebut.
Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara malafide (berniat jahat).
Beliau berkata, Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang akan mewakili beliau.
Sedangkan katanya, Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan.
Sehubungan itu, Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya, pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal.
Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.
Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.
Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak.
Pada 4 April 2012, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012.
Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. – Bernama








 
Bojan Hodak
Kota Bharu: Kehilangan empat pemain utama The Red Warriors (TRW) – Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Mohamed Ghaddar, S Chanturu dan Nurul Azwan Roya ternyata amat dirasai skuad itu dalam saingan Liga Super sehingga kini.
Ini diakui ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang amat kecewa dengan ketumpulan jentera serangan TRW yang gagal mencipta kemenangan dalam empat daripada lima perlawanan Liga Super termasuk seri 0-0 dengan Negeri sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Gagal cipta kemenangan
“Saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanan, tetapi jentera serangan tidak mampu melakukan penyudah tajam yang menyebabkan kami gagal mencipta kemenangan.
“Untuk musim ini kami tiada Mat Yo, Mohamed Ghaddar yang menjadi pemusnah utama pasukan musim lalu.
“Kami juga tanpa S Chanturu dan Nurul Azwan yang mampu membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan membuka peluang kepada pemain lain menjaringkan gol.
“Walaupun jentera serangan tidak menjadi, kami masih bernasib baik kerana barisan pertahanan TRW beraksi dengan cemerlang dan dapat mengelak daripada mengalami kekalahan,” katanya semalam.

Prestasi Hambar Red Warriors, KAFA Ambil Tindakan Drastik

Annuar Musa
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka mengambil tindakan drastik ekoran prestasi hambar The Red Warriors yang hanya mampu meraih enam mata daripada lima perlawanan pada saingan Liga Super musim ini.
Tanpa mendedahkan langkah tersebut, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, satu bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti kemerosotan mendadak Kelantan sebelum saingan Liga Super bersambung pertengahan Februari depan.
“Terpaksalah berusaha dengan apa yang ada bagi menghadapi musim yang mencabar ini. Kita perlu lakukan sesuatu (memperbaiki prestasi pasukan) meski pun kita tahu ia begitu sukar,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebooknya, semalam.
“Insya ALLAH, kita harap jurulatih (Bojan Hodak) dapat menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan ketika saingan liga berhenti berehat. Sebenarnya bukan mudah, kerana kita terpaksa tunggu setahun untuk mendapatkan pengganti baharu (kehilangan tonggak utama musim lalu).
Tempoh rehat selama tiga minggu perlu digunakan sebaiknya oleh pengendali dari Croatia itu bagi memperbaiki kelemahan pasukan terutama ketumpulan jentera serangannya yang hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan lalu.
Juara bertahan Liga Super musim lalu kini menghuni di tangga ketujuh setelah hanya mampu meraih enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan kalah sekali dan dibezakan enam mata dengan pendahulu liga yang diterajui Pahang ketika ini.
Kelantan dan Sime Darby FC bagaimana pun tidak terlibat dalam perlawanan pusingan pertama kalah mati kempen Piala FA yang bermula hari ini. Kedua-dua pasukan itu mendapat bye setelah muncul juara dan naib juara pada pentas akhir musim lalu.
Dalam perkembangan sama, Annuar berkata, semua pemain Kelantan diberi cuti rehat selama tiga hari setelah mengalami keletihan ekoran berdepan jadual perlawanan yang padat sejak tiga minggu lalu.
“Mohd Norfarhan (Muhammad), Mohd Faiz (Subri), Keita Mandjou, Muhammad Izuan (Salahuddin) antara pemain yang cedera. Saya harap mereka dapat pulih sepenuhnya dalam tempoh rehat ini,” katanya.

Thursday, 24 January 2013

Hodak Resah Prestasi Hambar


SELEPAS mengharungi enam perlawanan dalam tempoh 18 hari, pengendali Kelantan, Bojan Hodak akhirnya akui kehilangan dua watak utama iaitu Mohamad Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha memberi impak terhadap prestasi pasukannya pada saingan Liga Malaysia musim ini.
Hodak yang merangkap Pengurus Kelantan berkata, ketiadaan beberapa tonggak utama musim lalu menyebabkan jentera serangan pasukannya semakin hilang taring sekali gus menyaksikan prestasi hambar mereka apabila hanya mampu mengutip enam mata daripada lima perlawanan Liga Super setakat ini.
“Saya hilang Mohamad Ghaddar yang menjaringkan 21 gol, Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) 10 gol, Mohd Nurul Azwan (Roya) dan S Chanturu pada musim ini. Lebih perit, penyerang yang kita ada sekarang gagal mempamerkan prestasi sebenar mereka,” katanya kepada Sinar Harian sejurus perlawanan berakhir.
“Setiap mata dan perlawanan cukup penting bagi kami untuk menutup cerita malang ini. Kebanyakan pasukan bergantung pada pemain import dan saya harap Keita Mandjou kembali dengan prestasi sebenarnya dan menjaringkan gol untuk Kelantan.
Luahan jujur beliau itu tidak sukar difahami rentetan kegagalan barisan pemainnya memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri yang menyaksikan The Red Warriors berputih mata setelah sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu, malam kelmarin.
Menurut jurulatih dari Croatia itu, tempoh rehat selama tiga minggu bakal dipergunakan sebaik mungkin bagi memperbaiki kelemahan pasukannya sebelum bertemu Selangor di Shah Alam, pertengahan Februari depan.
“Kehadiran Mohd Faiz Subri, Muhammad Izuan Salahuddin dan peningkatan prestasi penyerang muda, Mohd Khairul Izuan Rosli sedikit sebanyak melegakan kami. Saya harap selepas tempoh rehat itu, kami akan tampil dengan penuh kelainan,” katanya.
Mengulas mengenai prestasi pasukannya ketika bertemu skuad Jang, Hodak mengakui barisan pemainnya jelas berdepan kesulitan untuk mempamerkan aksi terbaik setelah terpaksa beraksi di atas padang yang becak pada perlawanan tersebut.
“Persembahan yang teruk daripada kedua-dua pasukan. Kami mengharungi enam perlawanan dalam tempoh yang singkat dan anda boleh lihat pemain saya begitu penat. Malah rentak permainan juga turut terjejas.
“Seperti bertemu Felda United FC tempoh hari, meletakkan sembilan pemain berkampung di bawah, menyebabkan kami sukar menembusi pintu gol Negeri Sembilan.
Sukar bagi kami bermain dengan cara sedemikian, lebih-lebih lagi set piece dan jentera tengah kita juga gagal berfungsi dengan lebih berkesan pada perlawanan ini,” katanya.

Kelantan Alami Sindrom


Annuar Musa



KOTA BHARU – Perubahan ketara juara treble musim lalu, The Red Warriors daripada sebuah pasukan yang mudah membaham lawan kepada pakar seri semakin merisaukan penyokong mereka dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sendiri, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menyifatkan pasukannya kini masih lagi dibuai kejayaan lalu atau pun ‘sindrom selepas menang’ menyebabkan aksi pasukan menjadi hambar meskipun di laman keramat mereka Stadium Sultan Muhammad IV.
Jika musim lalu Kelantan mudah membolosi gawang namun kali ini meskipun enam perlawanan telah dilalui tetapi hanya tiga jaringan yang berjaya diperolehi. Pada masa sama The Red Warriors ketinggalan enam mata dengan pendahulu Liga Super, Pahang.
“Ramai komentar yang cuba mengambil kesempatan dengan melemparkan tuduhan yang berbagai-bagai. Pada saya ini merupakan Post Victory Syndrome (sindrom selepas menang) dengan sikap pemain, keserasian pasukan serta rasa terlalu selesa dan banyak lagi.
“Ramai juga yang sudah mula bergembira dengan prestasi lemah kita dan sudah lama sesetengah pihak menunggu, tapi bagi saya ini hanya satu lagi cabaran.
“Tidak ada yang mudah. Kedah dulu treble sekarang jatuh ke liga bawah, Negeri Sembilan dulu juara kini tercorot, Terengganu dulu juara kini ke bawah, semua berdepan sindrom sesudah menang.
“Kita akan ambil ini sebagai cabaran, saya akan berbuat sesuatu dalam tempoh terdekat ini. Saya tahu tidak mudah, sebab itu kita mahu sahut cabaran, kalau mudah sudah tentu semua orang boleh buat,” katanya melalui laman sosial Facebook miliknya ketika mengulas perlawanan menentang Negeri Sembilan kelmarin.
Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan dan lebih mengecewakan kira-kira 5,000 yang hadir adalah The Red Warriors gagal menjelmakan biar satu pun peluang menjaringkan gol.
Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak juga terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan utamanya selepas kehilangan khidmat dua penggempur mereka, Keita Mandjou yang mengalami kecederaan selain Norfarhan Muhammad juga yang belum cergas sepenuhnya untuk bermain 90 minit perlawanan.
Sementara itu, Hodak terus mengulangi alasan kehilangan empat tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Ghaddar, Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu yang menguatkan barisan kesebelasan musim lalu sebagi punca aksi hambar dipamerkan.
“Menentang sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan bukan mudah, mereka meletakkan sembilan pemain di belakang dan memerlukan kita bermain lebih.
“Kita tidak mempunyai pemain sayap yang berkesan seperti tahun lalu.
“Kita ada pemain muda, Izuan (Solahuddin) masuk dan dia buat kelainan dan perlawanan nampak menarik tapi dia tidak bersedia selain Faiz (Subri) juga kembali pulih, saya harap dia boleh menampilkan kelainan pada perlawanan akan datang. Khairul Izuan bermain dengan baik tetapi masalah dia mentah, dia belum ada tahap keyakinan,” ujarnya.

Wednesday, 23 January 2013

'Tubuh jawatankuasa khas bendung kekecohan'



MASALAH kekecohan penyokong boleh dihentikan jika semua pihak bersikap lebih profesional.



KELAB penyokong bola sepak tanah air mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung insiden kekecohan yang dicetuskan para penyokong di stadium.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, jawatankuasa khas yang akan dianggotai kelab penyokong bola sepak negeri itu perlu kerana pada masa ini mereka tidak mempunyai kuasa mencegah masalah tersebut, sedangkan setiap kali berlaku kekecohan mereka dipersalahkan.
"Kita hanya mampu memberi nasihat menerusi laman web dan blog tetapi tidak ramai peminat yang melayarinya. Jadi, adalah wajar jika FAM memberi kuasa kepada kelab penyokong negeri untuk mengambil langkah pencegahan bagi membendung perkara ini," katanya semalam.
Sebelum ini, FAM menuding jari kepada kelab penyokong negeri kerana gagal mengawal tindakan liar peminat seperti yang berlaku ketika saingan Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu serta perlawanan antara Terengganu menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 18 Januari lepas.
Mengulas lanjut, Mahizi berkata, hubungan yang rapat dengan penyokong membolehkan kelab bertindak lebih awal dalam menghidu tindakan tidak bermoral segelintir penyokong sebelum merebak.
"Dengan kuasa yang diberi, kita boleh membantu menahan lebih ramai penyokong yang melakukan perkara tidak bermoral seperti membaling mercun dan objek lain ke kawasan padang sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu bukan sahaja dapat membendung insiden kekecohan di stadium tetapi juga boleh mewujudkan kerjasama lain demi kemajuan bola sepak tanah air.
Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9fotbal.com), Ahmad Zaini Baharun yang berpendapat, banyak perkara dapat diselesaikan jika ada kerjasama secara rasmi seperti itu.
"Ketika ini kelab penyokong hanya bergerak secara sendiri dan bergantung kepada blog untuk mengumpul penyokong. Jika ada kerjasama dua hala, kelab penyokong dapat membantu FAM menyampaikan maklumat lebih jelas kepada penyokong," katanya.
Beliau berkata, dengan adanya pengiktirafan daripada FAM, kelab penyokong negeri dapat memperluaskan lagi aktiviti mereka dan pada masa sama menjaga kebajikan anggota.
Presiden Johor Fan Club, Azman Jalil berkata, cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa bersama dengan FAM itu adalah satu perkara yang baik demi memupuk persefahaman dengan peminat bola sepak tanah air.
"Dengan wujudnya kerjasama itu nanti, kelab penyokong dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk mendidik penyokong masing-masing," katanya.


 

Hodak: Kami Ada 3 Minggu Kukuh Bahagian Sayap

 
Aksi William Mobido, pemain Negeri Sembilan, mengawal bola daripada direbut pemain Kelantan Mohd Haris Safwan malam tadi.
 
 
 
 
KELANTAN ada tiga minggu sempena ‘cuti rehat’ dalam saingan Liga Super musim ini untuk mengasah bakat muda pemainnya untuk memperkukuhkan jentera serangan di bahagian sayap.
Ketua Jurulatih Bojan Hodak menyedari Kelantan kini berdepan masalah di bahagian sayap dan serangan selepas beberapa pemain berbisanya seperti S.Chanturu, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha, berhijrah ke pasukan lain pada musim ini.
“Kita perlu gunakan lebih pemain sayap tetapi malangnya kita tidak ada pemain sayap seperti tahun lepas. Jadi kita perlu melatih pemain muda.
“Izwan Solahuddin dimasukkan (semasa permainan) dan dia membuat sedikit perubahan. Permainan bertambah menarik di bahagian ini (sayap) tetapi dia masih belum bersedia. Sekarang dia mempunyai tiga minggu untuk berlatih,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan di Kota Bahru, malam tadi.
Pada perlawanan malam tadi, Kelantan terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, sekali gus memberi satu mata berharga kepada pasukan pelawat.
Kelantan, juara treble musim lalu kini berada pada kedudukan ketujuh selepas mengutip enam mata dalam lima perlawanan sepanjang Liga Super musim ini.
Liga Super bakal berehat hampir tiga minggu untuk memberi laluan kepada pasukan bola sepak kebangsaan yang terlibat dengan pusingan kelayakan AFC Asian Cup 2015 dan bermulanya kejohanan Piala FA 2013.
Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Da Silva berkata beliau gembira dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya pada perlawanan menentang gergasi Pantai Timur tersebut walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.
“Saya beri 100 markah buat mereka kerana kerja keras. Mengenai perlawanan itu sangat mudah, kita tahu apa kekuatan Kelantan di mana dan kita tutup (kekuatan tersebut). Sikit lagi kita boleh menang tapi seri sudah cukup bagus.
“Saya percaya tahap keyakinan pemain Negeri Sembilan akan meningkat selepas ini. Kelantan tak pernah kalah (di laman sendiri) sejak 2011, selalu menang atau seri. Kita tahu semua ini. Ini keputusan yang bagus buat kami,” katanya yang fasih berbahasa Indonesia. – Bernama

Ganjaran Umrah Pemain Kelantan Ramadan Tahun Ini

Abdul Fattah Mahmood
KOTA BHARU: Janji kerajaan negeri menaja pakej umrah hasil kejayaan pemain-pemain The Red Warriors (TRW) menjulang Piala Malaysia tahun lepas akan menjadi kenyataan Ramadan ini.
Seramai 37 pemain dan pegawai TRW akan menunaikan umrah pada minggu pertama Ramadan (Julai) tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri telah menerima senarai nama untuk menunaikan umrah seperti yang dijanjikan.
“Ganjaran tersebut ekoran kejayaan mereka membawa pulang Piala Malaysia tahun lepas,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini pemain dan pegawai TRW pernah dibawa menunaikan umrah ekoran kejayaan Kelantan pada musim lepas membabitkan peruntukan lebih RM200,000.
Selain itu kerajaan negeri juga menganugerah banglow kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ekoran kejayaan Harimau Malaya mengondol Piala AFF Suzuki pada 2011.
Abdul Fattah berkata, bagi mereka yang beragama Islam namun tidak berminat menunaikan umrah tidak akan diberi ganjaran wang tunai.
“Kerajaan negeri hanya akan memberi ganjaran menunaikan umrah kepada pemain muslim dan nilaian ringgit yang sama kepada yang bukan beragama Islam,” ujarnya.
Menurutnya juga bekas pemain Kelantan musim 2012 yang sekarang bermain dengan pasukan lain, Nor Shahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya turut ditawarkan menunaikan umrah.
“Kita harap mereka akan sama-sama menunaikan umrah sebagai ganjaran di atas kejayaan Kelantan memiliki tiga piala berprestij tersebut.
“Kita akan menulis surat kepada semua pemain dan pihak pengurusan yang telah dihantar nama oleh KAFA untuk mendapatkan pengesahan,” ujarnya.
Sementara itu ketika ditanya kemelut KAFA dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, beliau berharap FAM dapat menangani dengan sebaik mungkin.
Beliau juga berharap media memainkan peranan merapatkan hubungan persatuan bolasepak di negara kita dan isu tersebut tidak perlu diperbesarkan.

Monday, 21 January 2013

Kelantan Tidak Rela Seri


Bojan Hodak
 
 
KOTA BHARU – Kelantan mahu menjadikan pertemuan menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini medan terbaik menebus kekecewaan selepas hanya mampu mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum ini.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, pasukannya tidak mempunyai pilihan kecuali mencatatkan kemenangan untuk mengembalikan semula rentak cemerlang pasukan.
Menurutnya, kesempatan beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan Kelantan tidak terus keciciran mata dalam perlawanan tersebut.
“Perlawanan ini cukup penting buat Kelantan dan kita perlu menang selepas hanya mampu seri dalam dua perlawanan sebelum ini. Kita akan berjuang habis-habisan bagi memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan.
“Bagaimanapun kita tidak boleh mengambil mudah kekuatan Negeri Sembilan. Meskipun mereka berada di tangga tercorot, namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sehubungan itu, Hodak mahu barisan pemainnya memanfaatkan setiap peluang terhidang untuk menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan menjadi milik The Red Warriors.
“Ketika bertemu Felda United tempoh hari, banyak peluang terhidang gagak disudahkan dengan sempurna. Pertahanan dan jentera tengah beraksi dengan cukup cemerlang terutama gandingan Mohd. Badhri Radzi dengan Mohd. Shakir Shaari, namun ketumpulan penyudah menyebabkan kita gagal meraih kemenangan,” ujarnya.

Sunday, 20 January 2013

Jangan bawa perkara pelik

Tan Sri Haji Annuar Musa

KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya tidak membawa perkara-perkara 'pelik' dalam Liga Malaysia kerana sistem yang ada sepatutnya sudah cukup baik sekiranya dipatuhi.

Annuar mengulas mengenai perkembangan mutakhir bola sepak negara terutama berhubung isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dan yang terbaru, apabila pasukan Johor Darul Takzim membawa Anggota Rejimen Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Beliau berkata, tindakan mengambil pemain pasukan lain melalui 'pintu belakang' sepatutnya tidak berlaku dan bola sepak negara juga tidak pernah dilanda kegawatan sehingga memerlukan pengurusan menyediakan sepasukan askar untuk mengawal ketat pemain mereka.

Justeru, beliau menyeru Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) serta semua individu lain tidak kira pangkat sekiranya mahu menerajui sesebuah persatuan bola sepak perlulah mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang ada.

"Saya jarang hendak memberi komen secara terbuka kepada Tunku Mahkota Johor selaku Presiden PBNJ. Sekarang saya harus lebih terbuka supaya dia (Tunku Mahkota Johor ) faham.

"Sebelum ini belum pernah berlaku kegawatan dalam bola sepak negara. Sekarang timbul soal mengambil pemain secara pintu belakang, bawa masuk GGK dalam stadium, ini semua hanya dibawa oleh PBNJ sahaja.

"Sebagai orang lama, saya sebagai Presiden dan dia juga sebagai Presiden, saya mahu nasihat dia dan dia juga pernah menasihati saya sebelum ini.

"Tak perlu bawa benda pelik dalam bola sepak negara, buat seperti biasa sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sri Melor di sini, semalam.

Baru-baru ini pasukan Johor Darul Takzim membawa masuk GGK di stadium sehingga menimbulkan polemik adakah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak selamat.

Pertembungan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan bukan sekadar di atas padang kerana sebelum liga bermula perbalahan telah timbul membabitkan perpindahan Norshahrul ke pasukan Harimau Selatan itu yang didakwa KAFA sebagai salah.

Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui mesyuarat Jawatankuasa Pusat menjelaskan tindakan Norshahrul tidak salah. Selain itu, tindakan membawa GGK, FAM turut mengatakan tidak ada kesalahan.

Dalam pada itu Annuar ketika ditanya mengenai keputusan FAM itu, secara sinis berkata, setakat ini Johor Darul Takzim tidak pernah melakukan kesalahan.

"Ambil Norshahrul runding pintu belakang tidak salah, bagi sijil perpindahan sebelum menyelesaikan hutang tidak salah, bawak masuk senjata pun tidak salah. Setakat ini yang saya tahu bagi FAM Johor tidak pernah salah. Kelantan sahaja yang salah," katanya lagi

Isu Kelantan Dan Johor DT Tidak Wajar Dipanjangkan

penyokongtrw1
KEMBALIKAN FOKUS DAN BERSATU DEMI THE RED WARRIORS.....
Melihat reaksi semua pihak dari kedua-dua pasukan dan kehangatan isu ini dimainkan media, sewajarnya semua pihak termasuk media tidak memanjangkan lagi isu ini demi mengelakkan tercetus emosi yang lebih buruk daripada kedua-dua pihak dan demi kemaslahatan rakyat..
Penjelasan demi penjelasan dengan versi berbeza dari kedua-dua penyokong dan pemimpin makin menyebabkan isu ini makin bercelaru dan mengelirukan seluruh penyokong kedua-dua pasukan. Rasa tidak puas hati dan marah penyokong semakin memuncak, cacian dan makian menjadi senjata berbisa menghentam lawan masing-masing.
Keadaan amat merbahaya jika dibiarkan berterusan, pemimpin atasan yang lebih berkuasa seperti Menteri Belia dan Sukan perlu cepat mengawal keadaan ini sebelum ianya makin marak dibakar api-api anti kenegerian media massa dan kedua-dua penyokong.
Jika benar stesen tv terbabit ingin mengambil kesempatan daripada kehangatan isu ini, eloklah kiranya stesen tv ini memberi kedua-dua pemimpin menjawab isu ini. Andailah benar KAFA tidak menyediakan pihak keselamatan untuk mengawal kehadiran TMJ dan penyokongnya, perkara ini memang patut dilakukan kerana tindakan TMJ membawa askar sendiri menggambarkan TMJ dan PBNJ tidak yakin kepada pasukan keselamatan yang disediakan KAFA, lagipun pihak keselamatan yang disediakan hanya bersenjatakan pistol dan belatan sahaja, tidak seperti pasukan gerak khas yang membawa M-16 dan pistol lengkap baju kalis peluru bersedia untuk berperang dengan penyokong Kelantan yang bersenjatakan botol air, plastik air dan paling ganas pun mercun.
Untuk penyokong Johor yang baru melihat suasana penyokong fanatik bolasepak, selamat datang ke dunia sebenar bolasepak Malaysia. Mungkin sudah biasa melihat bola didepan kaca tv sahaja, inilah sebabnya terkejut melihat situasi sebenar bolasepak Malaysia. Syukurlah jika 3 tahun lalu hanya roh yang datang ke stadium kami, 15 januari 2013 menjadi saksi pasukan Johor sudah kembali bersama penyokong yang mempunyai roh dan jasad ke Kota Bharu.
Tindakan Tan Sri Haji Annuar Musa tidak mengulas lanjut kritikan TMJ ke atasnya satu tindakan bijak dan sewajarnya isu ini dimatikan dari dipolemik berlebihan. Seluruh penyokong Kelantan berharap penyokong-penyokong Kelantan menjadikan isu ini sebagai titik menyatukan hati dan sorakan penyokong kembali bersatu

Gempita Mahu FAM bertindak

Ahli Gempita mengadakan bantahan di luar pekarangan stadium berhubung kehadiran beberapa askar Komando yang lengkap bersenjata di Kota Bharu, Selasa lalu.
GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendirian tegas ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata ketika aksi Kelantan-Johor Darul Takzim di Kota Bharu, Selasa lalu.
Penyelarasnya, Mohd Shaharuddin Abdul Latif berkata, FAM perlu menilai perkara itu dengan serius bagi mengelakkan ia menjadi ikutan pasukan lain.
“Kita mahu FAM segera mengambil pendirian mengenai perkara ini jangan anggap ia perkara remeh, tidak perlu membawa askar bersenjata ketika perlawanan bola sepak berlangsung, adakah Kelantan tidak aman,” katanya.
Anggota tentera terbabit dipercayai JMF berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga tamat permainan.
Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah menafikan dakwaan itu.
Titah baginda, askar terbabit merupakan Pasukan Kor21 Gerak Khas (komando) yang ditugaskan sebagai persediaan sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan perlawanan dan ia merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor dan ia bukan perkara baru kerana prosedur ini sama dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor.
Penyelaras The Red Warriors Negeri Sembilan, CM Saidi turut melahirkan rasa tidak puas hati.
“Kehadiran askar telah mengundang provokasi. Saya rasa jika tiada askar bersenjata sudah pasti perlawanan berjalan dengan lancar,” katanya.
Bantahan aman yang diadakan selepas perlawanan dihadiri kira-kira 100 ahli Gempita.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu media dua hari lalu bahawa langkah meletakkan anggota tentera satu prosedur biasa buat kerabat diraja dan perkara itu sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan baginda.
Azzuddin juga berharap perkara ini tidak desensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF Selasa lalu.
 
Dinukil dari: kelate.net

Saturday, 19 January 2013

Kenapa Perlu Senjata?

Kelantan dakwa ‘adegan tentera’ tidak wajar
Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?
Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.
Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.
Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.
Mat Yo turut dikawal
Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.
Gambaran penyokong ganas
“Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.
“Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ,” katanya semalam.
Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan imej bola sepak negara.
Beliau berkata, kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku kekecohan kecil selepas tamat perlawanan.
“Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” katanya.
Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu.
“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.
“Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” katanya.
Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat.

JOHAN PIALA MALAYSIA 2012

JOHAN PIALA MALAYSIA 2012

Aku Penyokong Kelantan Tegar